 |
| Merupakan Saluran Blog yang boleh dipercayai dalam menganalisis objektif penggodam |
Disebabkan takut kehilangan pengaruh dan status, kebanyakan media tempatan telah hilang kawalan untuk merencanakan sesuatu, mereka tidak memikirkan susun atur rencana yang mereka hidangkan pada pembaca sebenarnya boleh mempengaruhi minda sihat seseorang sehingga menjadi hilang keseimbangan dalam mempertimbangkan sesuatu situasi yang sebenar. Antara media ulung yang dikenali ramai seperti Utusan Malaysia, Kosmo,TV3, TV1,TV2 dan seangkatan dengannya, kebanyakan rakyat Malaysia sudah dapat meneka kejituan informasi yang dibina oleh pihak media ini banyak memutarbelitkan keadaan.
 |
| Logo Memboikot usaha Utusan yang didakwa memutarbelitkan keadaan. |
Serangan para hackers Anonymous yang didakwa oleh mereka sebagai penggodam antarabangsa tempoh hari, dengan misi menggodam yang diberi nama OpsMalaysia,telah berjaya menggodam beberapa laman web tempatan dengan membawa suara-suara yang membangkang tindakan kerajaan (melalui SKMM) dalam menyekat kebebasan berinternet. Antara mesej yang menarik perhatian kami "Kami bayar internet untuk kebebasan kami,kami bukan bayar untuk disekat",
 |
| Logo yang dicipta oleh mereka yang tidak bersetuju dengan professionalis TV3 bermedia |
Pesanan-pesanan yang dibawa oleh penggodam tersebut langsung tidak diperkatakan dalam rencana dan berita yang mereka siarkan. Malahan media utama tersebut seperti tidak mengendahkan suara rakyat yang dibawa oleh penggodam anonymous tersebut.Ada kemungkinan, mugkin kerisauan media utama tersebut dalam menjaga status syarikat mereka, Ini kerana kerajaan boleh membatalkan permit penyiaran mereka jika mereka menyampaikan sebahagian mesej yg terkandung pada antaramuka website yang digodam.Sedangkan pada penilaian kami, mesej yang mereka bawa bukan untuk menjatuhkan maruah kerajaan Malaysia, tetapi hanya untuk menyatakan kekecewaan terhadap pandangan kerajaan yang membebankan pengguna dengan menyekat Hak Asasi berinternet.
Pandangan beberapa review kami kepada masyarakat luar negara, mereka memberi respon yang menyatakan "kenapa kerajaan kamu seperti mengawal kehidupan kamu semua, adakah mereka akan memasang CCTV di tandas awam juga ka?".
No comments:
Post a Comment