Pages


SANTAI : Hackers yang Sihat

Salam semua, kebanyakan pemikiran mereka yang berminat untuk mempelajar ilmu Hacking sering mengambil mentaliti untuk mengorbankan waktu dan jadual seharian mereka sehingga tergendala pelbagai urusan yang lain kan.




Kebiasaannya utk mempelajari ilmu berkenaan menggodam yang paling mudah adalah ilmu yang diturunkan oleh taiko yang sudah mempunyai pengalaman menggodam, contohnya seperti kumpulan penggodam di Malaysia yang lebih dikenali sebagai "Dragon Force Crew",Rileks Crew dan sebagainya. Mereka merupakan penggodam yang terlatih dan selalu berkongsi yang mereka perolehi, mereka bukanlah penggodam alam maya yang menggunakan kepakaran mereka untuk memporak perandakan keadaan. Tetapi menggunakan kepakaran untuk melindungi keselamatan rangkaian negara tercinta.

Atas dasar cintakan negara dan semangat memperjuangkan kebebasan, Krew DragonForce (DF) mengambil keputusan untuk melatih lebih ramai perintis penggodam secara bebas untuk memberikan peluang kepada bangsa dan seluruh rakyat Malaysia mempunyai kepakaran setanding dengan nama-nama penggodam di luar negara.

Dalam kejadian tempoh hari, dimana lawatan penggodam antarbangsa yang dikenali anonymous berkunjung kebeberapa portal di Malaysia, bertujuan untuk membantu mempamerkan suara rakyat Malaysia yang bersetuju dgn tindakan kerajaan Malaysia menyekat kebebasan berinternet rakyatnya.

Ok kite back to da topic balik, kesihatan hackers yang lebih bagus adalah dengan mewujudkan perkongsian ilmu menggodam serta kerjasama berkumpulan, pengusaan berperingkat seperti dari bertatih sehingga berlari perlu dipegang, jika sekiranya anda masih x mampu berlari, be honest (jujur) dalam menyatakan kemahiran anda, ini memudahkan taiko2 yang hendak merekrut anda tahu tahap seterunya untuk membuatkan anda lebih power.Sekian

Disediakan Oleh: Admin (masih dalam editting lg artikal ni)

SANTAI: Kerakusan Media Tempatan Menempa Nama

Merupakan Saluran Blog yang boleh dipercayai dalam menganalisis objektif penggodam
 Disebabkan takut kehilangan pengaruh dan status, kebanyakan media tempatan telah hilang kawalan untuk merencanakan sesuatu, mereka tidak memikirkan susun atur rencana yang mereka hidangkan pada pembaca sebenarnya boleh mempengaruhi minda sihat seseorang sehingga menjadi hilang keseimbangan dalam mempertimbangkan sesuatu situasi yang sebenar. Antara media ulung yang dikenali ramai seperti Utusan Malaysia, Kosmo,TV3, TV1,TV2 dan seangkatan dengannya, kebanyakan rakyat Malaysia sudah dapat meneka kejituan informasi yang dibina oleh pihak media ini banyak memutarbelitkan keadaan.
Logo Memboikot usaha Utusan yang didakwa memutarbelitkan keadaan.
 Serangan para hackers  Anonymous yang didakwa oleh mereka sebagai penggodam antarabangsa  tempoh hari, dengan misi menggodam yang diberi nama OpsMalaysia,telah berjaya menggodam beberapa laman web tempatan dengan membawa suara-suara yang membangkang tindakan kerajaan (melalui SKMM) dalam menyekat kebebasan berinternet. Antara mesej yang menarik perhatian kami "Kami bayar internet untuk kebebasan kami,kami bukan bayar untuk disekat",
Logo yang dicipta oleh mereka yang tidak bersetuju dengan professionalis TV3 bermedia
Pesanan-pesanan yang dibawa oleh penggodam tersebut langsung tidak diperkatakan dalam rencana dan berita yang mereka siarkan. Malahan media utama tersebut seperti tidak mengendahkan suara rakyat yang dibawa oleh penggodam anonymous tersebut.Ada kemungkinan, mugkin kerisauan media utama tersebut dalam menjaga status syarikat mereka, Ini kerana kerajaan boleh membatalkan permit penyiaran mereka jika mereka menyampaikan sebahagian mesej yg terkandung pada antaramuka website yang digodam.Sedangkan pada penilaian kami, mesej yang mereka bawa bukan untuk menjatuhkan maruah kerajaan Malaysia, tetapi hanya untuk menyatakan kekecewaan terhadap pandangan kerajaan yang membebankan pengguna dengan menyekat Hak Asasi berinternet.

Pandangan beberapa review kami kepada masyarakat luar negara, mereka memberi respon yang menyatakan "kenapa kerajaan kamu seperti mengawal kehidupan kamu semua, adakah mereka akan memasang CCTV di tandas awam juga ka?".

Cara Letak Button Like Facebook (FB) di Blog (Wordpress)


 




Steps :
  • Pergi ke DASHBOARD >> DESIGN >> EDIT HTML >> tick Expand Widget Templates
  • Cari code dibawah nie dan untuk memudahkan pencarian, korang boleh tekan Ctrl + F dan paste coding ini untuk search ye.

data:post.body
  • Bila dah jumpe code diatas nie, korang tambahkan code dibawah nie betul-betul selepas atau dibawah code data:post.body tadi

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Bila dah siap, korang tekan button preview dulu tengok ada error ke tak ye. Kalau nampak semua ok, baru save. Dan dah siap.

Selamat mencuba, Gud Luck kawan-kawan
"Sharing Is Caring"



facebook like button | FB like button | button like facebook | button like FB | butang like facebook | butang like FB | cara letak facebook like button | cara letak butang like facebook | cara letak button like facebook | cara letak FB like button

Motivasi Untuk Kembali Bersolat


 Disediakan Oleh: anjungsazuwi

 Sumber dari: http://anjungsazuwi.blogspot.com/2008/12/motivasi-untuk-kembali-bersolat.html


Salam kepader sumer. Sebelum nie aku pernah membicarakan tentang Petua supaya sentiasa mahu menunaikan solat. Klik jer tajuk tue utk bacer. Kali aku akan berkongsi lagi dengan korang mengenai satu petua yg agak sama misi dan visi tapi dari perpekstif yg berbeza.

Aku tak nafikan ramai umat Islam diluar sana masih tidak mengamalkan salah satu rukun Islam nie. Kalau tak kenaper masih berlaku lagi perkara2 yg mengundang kepada perkara yg berlanggar dengan hukum syarak. Solat yg sempurna kan mencegah kiter dari kemungkaran. Itulah yg jelas yg aku raser korang sumer leh tgk.

Artkel nie khas bg umat Islam yg sebenarnyer jauh niat dlm hati masih ader perasaan ingin bersolat. Ader yg dulunyer time duduk asrama mmg masjid jadik tumpuan, tp biler dah masuk kolej, universiti atau bekerja, sejadah pun dah luper. Walaupun begitu masih bruntung lah jika korang ader lagi niat utk bersolat. Allah masih lagi memberi kiter peluang. Cumer perlaksanaan nyer perlukan usaha dan pengorbanan yg lebih bagi sesetengah orang. Maklumlah hidup zaman sekarang byk sgt dugaan nyer. Mungkin dengan petua nie akan buat korang cuber meluangkan masa utk berusaha ke arah bersolat.

Kat sini ader 11 petua utk kembali bersolat. Korang dan termasuk aku diharapkan dapat menjadikan petua2 nie sebagai amalan hidup dan dikongsi bersama umat Islam yg lain.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan(sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yg anda lakukan, apa yg tak sepatutnyer anda lakukan, dan apa yg sepatunyer ada lakukan. Dari situ, tanam keazaman yg kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak tinggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yg sesuai,sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalakani kehidupan sebagaoi seorang yg mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yg tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya utk waktu itu sahaja.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat manapun tekad, sebaik mana punmasa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yg kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah.

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yg berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas(besar atau kecil).Kemudian yg besar tampal di dinding, manakala yg kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu2 perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan utk berubah menjadi hambaNya yg taat, hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

7. Tumpu perhatian pada hari-hari yg dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yg anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

8. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yg mengerjakan solatsebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa perngatkan dri anda sedemikian. Sekiranya ada rakan anda yg mengajak kemana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif utk mengerjakan solat.

9. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kwan rapat dan rakan sekerja yg anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

10. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan dan sebagainya, yg mana semua itu sebenarnyer hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri. Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

11. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat utk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat utk membangkitkan rasa takut.

Itu jer petua dier. InsyaAllah ader niat sumer jadik. Aku pun tak taue nak kreditkan saper info nie. Aku taue jer dah ader dlm aku nyer folder pc. Juz sharing.

p/s: Salah satu terapi klu nak maintain solat kener tgk sajak kematian nie..hehe..