Disediakan Oleh: anjungsazuwi
Sumber dari: http://anjungsazuwi.blogspot.com/2008/12/motivasi-untuk-kembali-bersolat.html
Salam kepader sumer. Sebelum nie aku pernah membicarakan tentang Petua supaya sentiasa mahu menunaikan solat. Klik jer tajuk tue utk bacer. Kali aku akan berkongsi lagi dengan korang mengenai satu petua yg agak sama misi dan visi tapi dari perpekstif yg berbeza.
Aku tak nafikan ramai umat Islam diluar sana masih tidak mengamalkan salah satu rukun Islam nie. Kalau tak kenaper masih berlaku lagi perkara2 yg mengundang kepada perkara yg berlanggar dengan hukum syarak. Solat yg sempurna kan mencegah kiter dari kemungkaran. Itulah yg jelas yg aku raser korang sumer leh tgk.
Artkel nie khas bg umat Islam yg sebenarnyer jauh niat dlm hati masih ader perasaan ingin bersolat. Ader yg dulunyer time duduk asrama mmg masjid jadik tumpuan, tp biler dah masuk kolej, universiti atau bekerja, sejadah pun dah luper. Walaupun begitu masih bruntung lah jika korang ader lagi niat utk bersolat. Allah masih lagi memberi kiter peluang. Cumer perlaksanaan nyer perlukan usaha dan pengorbanan yg lebih bagi sesetengah orang. Maklumlah hidup zaman sekarang byk sgt dugaan nyer. Mungkin dengan petua nie akan buat korang cuber meluangkan masa utk berusaha ke arah bersolat.
Kat sini ader 11 petua utk kembali bersolat. Korang dan termasuk aku diharapkan dapat menjadikan petua2 nie sebagai amalan hidup dan dikongsi bersama umat Islam yg lain.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan(sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yg anda lakukan, apa yg tak sepatutnyer anda lakukan, dan apa yg sepatunyer ada lakukan. Dari situ, tanam keazaman yg kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak tinggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yg sesuai,sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalakani kehidupan sebagaoi seorang yg mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yg tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya utk waktu itu sahaja.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat manapun tekad, sebaik mana punmasa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yg kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah.
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yg berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas(besar atau kecil).Kemudian yg besar tampal di dinding, manakala yg kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu2 perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan utk berubah menjadi hambaNya yg taat, hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
7. Tumpu perhatian pada hari-hari yg dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yg anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
8. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yg mengerjakan solatsebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa perngatkan dri anda sedemikian. Sekiranya ada rakan anda yg mengajak kemana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif utk mengerjakan solat.
9. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kwan rapat dan rakan sekerja yg anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
10. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan dan sebagainya, yg mana semua itu sebenarnyer hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri. Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
11. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat utk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat utk membangkitkan rasa takut.
Itu jer petua dier. InsyaAllah ader niat sumer jadik. Aku pun tak taue nak kreditkan saper info nie. Aku taue jer dah ader dlm aku nyer folder pc. Juz sharing.
p/s: Salah satu terapi klu nak maintain solat kener tgk sajak kematian nie..hehe..
No comments:
Post a Comment