Pages


PERHUBUNGAN: Proxy Server


Proxy server (Pelayan Proksi) merupakan satu sambungan yang terletak diantara klien (pengguna) dan Internet/Pelayan(Server seperti Google,Facebook dsb), kebanyakkan dari kita hanya menggunakan proxy sebagai salah satu cara untuk membuat "bypassing" dari sekatan internet yang dikawal oleh pembekal, kupasan topik kali ini saya akan menerangkan cara tindakan Proxy server berserta beberapa penjelasan untuk topik ini.Ia lebih dikenali sebagai menumpang laluan

Antara kupasan topik berkenaan adalah seperti dibawah:

1.Pengenalan Proxy Server.
2.Kegunaan Proxy Server.
3.Cara Proxy Server Berkendali.
4.Kebaikan dan Keburukan Proxy Server.

semua huraian sila baca dibawah >.<

1.Pengenalan Proxy Server
Proxy Server adalah komputer yang menawarkan perkhidmatan untuk membolehkan anda membuat sambungan ke rangkaian secara tidak langsung dengan perkhidmatan rangkaian yang lain. 

Tahukah Anda: Jika anda melayari pelayan utama melalui proxy server, pelayan utama hanya mendapat isyarat akses maklumat tersebut bukan dari anda Ok,ini kerana, segala permintaan utk mengakses yang berlaku antara anda dan server utama telah di sorrokan oleh komputer yang bertindak sebagai Proxy


2.Kegunaan Proxy Server
a) Mengatasi sekatan internet
b) Melindungi Destinasi Sebenar Komputer Pengguna
c) Menjadi laluan kedua untuk mengakses server yang mempunyai request yang tinggi.

3.Cara Proxy Server berkendali

Cara proxy server berkendali saya ada sediakan rajah yang tertera dibawah, sebelum data anda terus ke pelayan utama, ia akan melalui proxy server dahulu,dimana antara segala permintaan anda untuk akan dikendalikan oleh proxy server, proxy server juga bertindak sebagai "Cache",Cache digunakan untuk menyimpan data yang sedang diproses sebelum dihantar kedestinasi. dan sebelum sampai data dari pelayan utama, ia akan melalui proxy server juga.



4.Kebaikan dan Keburukan Proxy Server

Kebaikan:
1.Memudahkan kita mengakses laman yang telah disekat.
2.Destinasi anda membuat akses kemana-mana lebih bebas.
3.IP original anda dilindungi dari dilihat oleh mana IP hunter.
4.Tidak mudah dikesan

Keburukan:
1.Kelajuan capaian data berkurangan, kerana data akan melalui proxy server dahulu baru smpi ke anda.
2.Data yang melalui proxy server yang dibuat oleh kaki Sniffing akan membuatkan maklumat anda akan kelihatan dan direkodkan dalam server tersebut.
3.Penggunaan data perbankan tidak beberapa selamat.

[ Senarai Proxy Server yang boleh diguna pakai ]

Jika ada kesilapan fakta dalam artikal ni jangan segan nak cakap~~ T.H just bagi tahu ape yg th analisis OK >.<

1 comment:

BLACK H4CK3D said...

good information...